Saturday, 27 October 2012

DIA SANG PENCINTA

                                   * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

      Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan betapa bahagianya dirinya sekarang bersama suami tercinta.Kehidupan selepas sah bergelar seorang isteri sungguh indah dibuai bibit-bibit cinta yang mekar dek asmara cinta mereka.Aisya Raihana berjuang untuk mempertahankan cintanya yang suci sesuci salju.

      "Abang takkan menduakan Sya,abang sayangkan Sya,Sya lah satu-satunya perempuan yang berjaya mencairkan hati abang yang beku ini."Hazril Asyraf menabur janji ,seorang yang romantik tapi....adakah dia mampu menepati janjinya tatkala ribut salji melanda jiwa dan raganya,membekukan hatinya kembali tanpa menghiraukan janji-janjinya?Salahkah dia?Egokah dia?

            *CINTA KITA SEDINGIN SALJU,SESUCI WARNANYA,
                        AKANKU HANGATKANNYA DENGAN ASMARA CINTAKU
                                                            TANPA MENCEMARKAN WARNANYA.....*

Mampukah Aisya Raihana menanggung sengsara dalam mempertahankan cintanya setelah dibuang kepercayaan,dicaci,dihina dan dibenci ataupun dia beredar setelah cintanya telah dimain-mainkan,dipijak dan
diperlekehkan..... Hazril Asyraf,Mursyed Khairi,Sofia Izzati.......Insan yang bermakna buatnya.

########################################################################
########################################################################
      

     "Sayang....,bangun."Hazril Asyraf mengejutkan isterinya dengan lembut yang masih nyenyak dibuai mimpi indah.
     "Emm....berapa kilo semua ni?Ha,hermm..."Aisya Raihana mengigau.Bangun kemudian tidur kembali. Hazril Asyraf tersenyum melihat telatah isterinya tawanya ditahan.Hazril mengelus lembut pipi gebu isterinya,sememangnya isterinya tidaklah langsing apatah ramping tetapi dia gembira di atas perkahwinan ini.Kalau dibanding Hazril dengan Aisya semestinya kelihatan tidak sepadan.Memang tak ada istilah bagai pinag di belah dua  tapi betullah kata orang cinta itu buta,kalau dah cinta tak cantik pun jadi cantik,yang gelap pun jadi cerah,kentut busuk pun boleh jadi wangi.Inilah penangan 'KUASA CINTA'.
     "Sayang...Bangunlah".Hazril mencuba sekali lagi.
     "Ermm....dah pagi ke?Pukul berapa dah ni ,Bang?Tanya Aisya yang masih mamai sambil menggosok matanya yang masih tertutup.
      "Pukul 4.00 pagi."Jawab Hazril sepatah.
      "Awal nyer..."Aisya merungut manja.
      "Bangunlah cepat.Sayangkan kena mandi wajib,mesti lama dah la rambut panjang.Pergi cepat,nanti masuk waktu kita solat sama-sama yek".Pujuk Hazril.Aisya lambat-lambat bangkit dari katil maklumlah katil pengantin barulah katakan.
       "Kenapa nak bangun awal-awal sangat".Aisya masih tidak berpuas hati,berjalan lemah ke bilik air.Tanpa dia sedari akan seekor katak sdang tidur di depan bilik air.
       "Aa...ghh..."Aisya menjerit kecil tatkala tapak kakinya bersentuh dengan kulit katak yang menggerutu.Tiada lagi rasa mengantuk, yang ada sekarang hanya rasa geli melihat katak tersebut.Aisya naik berang kerana katak itu masih tidak berganjak malah menyambung kembali tidurnya.Aisya mncari akal lalu pantas menyambar batang penyapu yang bersandar malas didinding.Satu pukulan percuma dihadiahkan kepada katak tersebut.
      "Buat menyemak je."Kata Aisya menandakan kemenangannya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.

      Selasai solat subuh berjemaah,Aisya menyalam suaminya lalu menyimpan telekungnya didalam almari.Hazril lantas menarik tangan Aisya menuju ke dalam bilik mereka seraya berbisik kepada Aisya.
      "Semalam abang dah layan Sya,kali ni Sya pulak perlu layan abang."
      "Ooo....Ni la sebabnya nak solat awal-awal......"Kata Aisya kepada suaminya.Hazril membalas kata-kata Aisya dengan senyuman.
      "Ingat cute sangat la tu."
###################################################################

    




2 comments: